CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 5, 2011

TAHNIAH ADIK2 MMBB!

Seperti tajuk entry kali ini, kami ingin mengucapkan Alfu Mabruk buat adik2 MMBB yang mana telah berjaya mengadakan "Tamrin Ma'hadi Fasa ke-2" pada 23 April 2011 lalu kepada pelajar tingkatan 3. Moga-moga dengan usaha adik-adik senior MMBB kali ini dapat mentarbiyah generasi ma'had sekali gus memberi impak positif dalam diri amtum semua..
















Majulah MMBB untuk agama!

Wednesday, May 4, 2011

CUBA P.CIK TELIFON ALLAH, SAYA NERAKA KE BERAPA?


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.

Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab: "Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa." Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.


Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati.. Renung-renugkan, jika bukan kita yang menegur, siapa lagi??

Tuesday, May 3, 2011

BERKASIH SAYANGLAH



Assalamualaikum wbt...

Kasih sayang adalah makanan asasi setiap makhluk di muka bumi. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebih luas daripada itu. Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang seperti sabda baginda,


"Perumpamaan mukminin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun kerana panas"
(Riwayat Muslim)

Dalam satu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah, Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat baginda ketika baginda terdengar seorang anak menangis dahaga. Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa gundahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti Rasulullah yang bermaksud.


"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba²Nya yang berkasih sayang"
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga,sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam. Dalam hal ini,Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sayangilah makhluk yang ada di bumi,maka akan menyayangimu yang ada di langit"
(Riwayat Thabrani dan Hakim)

Friday, April 22, 2011

MALAIKATMU..IBU

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan :"Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah?"

Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya boleh memahami apabila orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Saya, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan,

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

CHECK LIST IMAN LEMAH

Senarai Semak Tanda Tanda Iman Kita Lemah

1) Bila Buat Dosa Rase Relax Jer. Steady, Cool Control Ayu N Macho. Selamber Jer Makan Ketupat Sambil Mengumpat Cicah Rendang Daging Saudara Sendiri Huhuhu...

2) Hati Keras Macam Batu Dan Tadak Keinginan Nak Baca Quran. Kalu Bace Harian Metro Bukan Main Jer, Tambah Tambah Lagi Harian Metro Sekarang Dah Macam Harian Seks Jer Muka Depan Dia "Gadis Sunti Dikenduri". Musti Beli!!

3) Rase Malas Nak Buat Amalan Kebaikan Contohnya Selalu Jer Malas Nak Solat Jemaah Lepas Tu Solah Buat Lambat2 Lak, Macam La Kalu Solah Kat Umah N Lambat2 Bole Diskaun Rakaat Tu.....Huhuhu

4) Menolak Dan Tak Suka Amal Sunnah. Nak Pakai Jubah Pun Rase Macam Berjalan Pakai Suar Dalam Kat Luar, Tapi Kalu Pakai Seluar Pendek Rase Bangga Semacam.

5) Selalu Mengeluh Dan Sedih Bila Kena Musibah, Tak Puas Hati Dan Asyik Mood Marah Jer Memanjang.

6)Tak Rase Apa2 Bila Dengar Bacaan Quran, Contohnya Kalu Dengar Janji Manis Allah Tentang Syurga Tak Rase Seronok Pun(Tak Macam Bila Bos Umum Nak Kasi Bonus), Dan Tak Rasa Rungsing,Sedih N Bimbang Bila Dengar Ayat Quran Tentang Neraka Dan Seksaannya(Tak Gelisah Macam Tima Surat Saman)

7) Rasa Liat Nak Ingat Allah Terutamanya Nak Berzikir. Kalu Nyanyi...Huh 5, 6 Juzuk Lagu Bole Abis Sehari...

8) Tak Rase Sedih Bila Ade Orang Langgar Perintah Allah. Peerrhh Nak Sedih Apa...Pergi Beli Lak Tv Tgok Orang Langgar Perintah Allah Hari2 Seluruh Dunia Dalam Umah Kita, Siap Tukar2 Channel Sambil Makan Nasi Dan Bergelak Ketawa Depan Tv.

9)Suka Status Dan Kekayaan. Kononnya Dengan Adenya Harta Bole Lak Lebih Sedekah, Senang Buat Amal. Pi Raaahhh Berapa Banyak Kete Mewah Parking Kat Masjid Time Subuh?

10) Cinta Pada Harta, Takut Bercerai Dengan Harta. Ish...Kadang2 Sanggup Lagi Bercerai Dengan Bini Dari Bercerai Dengan Harta.

11) Suruh Orang Lain Buat Kebaikan Tapi Diri Sendiri Tadak Keinginan Nak Buat.

12) Seronok Tengok Saudara Islam Kena Musibah. Member Jatuh Longkang Pun Ketawa Berdekah Dekah, Kat Mana Yang Lawak Pun Taktau, Tang Darah Ker...Tang Sakit Ker...

13) Hanya Mementingkan Tentang Halal Dan Haram, Tapi Tidak Mengelakkan Benda Yang Makruh. Ala....Makruh Jer...Setelah Ditranslate = Ala Tuhan Benci Ajer....Uhuks..

14) Suka Duk Buat Lawak(Perli, Bahan Gurauan) Dengan Orang Yang Buat Amalan Kebaikan Yang Simple2 Macam Cuci Masjid. "Lor Kutip Taik Cicak Kau Yer, Sesuai La Kau Jadik Ajk Taik Cicak," Muahaaaa.... Muaahaaa.....

15) Tak Ambik Tahu Tentang Ehwal Terutamanya Tentang Pupusnya Amalan Agama Orang Muslim. "Ala Fardhu Kifayah Jer"

16)Takde Rase Tanggungjawab Nak Berbuat Sesuatu Untuk Promote Islam.

17) Takleh Handle Bila Hadapi Musibah Or Malang, Tapi Asyik Menangis Menjerit Jer Time Musibah.

18)Suka Berdebat Walaupun Takde Untung Apa2 Dan Takde Bukti Kukuh.

19) Jadik Terlampau Cinta Dan Tertarik Hati Apa2 Saje Hal Berkaitan Dunia, Sedih Bila Hilang Atau Rugi Apa2 Yg Berkaitan Dunia Sajer...Jalan Kaki Tak Pakai Tudung Relax Jer, Tapi Bila Kena Ragut Jerit Bagai Nak Rak....

20) Fanatik Dan Taksub Dengan Diri Sendiri.

Monday, April 18, 2011

ZIKRULLAH ITU KALIMAH CINTA

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah bersabda yang bermaksud: Allah berfirman " aku menurut sangkaan hambaKu padaKu, dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepadaKu.jika dia berzikir mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam sebuah perhimpunan, maka Aku akan mengingatinya dalam 'perhimpunan' yang lebih baik dari perhimpunannya" riwayat Bukhari ~ no 7405

apakah itu zikir wahai sahabat? adakah sekadar kita tahu tasbih, tahmid, tahlil dan takbir semata?? zikir adalah kalam cinta kita kepadaNya. tak lepas walau sepatah perkataan dari mengingatinya adalah zikir! mudah bukan? memang kelihatannya mudah, namun mari kita koreksi diri sendiri, sejumlah mana kita mengingatinNya dalam kita tiap detik kita bernafas? adakah sekadar zikir selepas solat sudah cukup dengan segala nikmat tak ternilai yang dianugerahkan Si Pemilik Cinta Agung itu??

zikir tanda cinta kita pada Allah, seperti kekasih merindui kekasihnya, bahkan lebih dari itu.. selangkah kita rapat pada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. aduhai sahabat, aduhai teman, tak gembirakah kita bila hanya seucap cinta kita menyebut namaNya, seribu kali kita diingati, bila kita berduka Dia hadir, bila kita gelisah,Dia menenangkan dengan kalamNya.

Ibn Abbas melestarikan cinta kepada Allah melalui kata-katanya " sesungguhnya setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadap hamba-hambaNya ada batasan. Bagi yang uzur, dimaafkan olehNya. namun tak pernah untuk Zikrullah. tidak ada batas dan uzur yang dapat diterima sebagai keringanan daripada zikir kecuali apabila akal seseorang telah berubah menjadi gila"

inilah salah satu mutiara kata dari seorang alim. tekadlah didalam hati masing-masing untuk tingkatkan rasa hamba dilam jiwa kita. jangan riak sahabat, jangan pernah ada rasa sudah cukup ilmu didada, kerana kata-kata hikmah menyebut "seseorang yang merasakan dirinya telah alaim, maka sebenarnya dialah yang paling jahil" nauzubillah.

"Zikir yang paling utama adalah "la ilaha illah Allah" dan doanya yang paling utama adalah "alhamdulillah"

(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi, An Nasai, dan Ibnu Majah, dari Jabir, dan dinilai hasan oleh al Albani, dalam Sahih Jami' Shagir, no. 1115.)

~salam muhasabah dari dakwah & tarbiah alumni MMBB



Wednesday, March 16, 2011

TANGISAN YANG MENGGONCANG ARASY

Terdapat sebuah cerita..

Ketika berada berhampiran Ka’bah, Rasulullah s.a.w terdengar seseorang lalu di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”...

Rasulullah s.a.w. lalu menirunya dan membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” ..

Rasulullah s.a.w.lalu menirunya dan membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti dipermain-mainkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mempersenda-sendakan aku, karena aku ini adalah orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan teguh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.terus menarik tubuh orang Arab itu, sambil berkata kepadanya:

“Wahal orang Arab! janganlah engkau berbuat sedemikian. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuan nya, Ketahuilah, Allah mengutusku aku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi hanya untuk membawa berita.

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

“Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Allah?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kemurahan nya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril a.s turun lagi dan berkata:
“Ya Muhammad! Allah As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arash terlupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga tergoncang arash yg dijaganya. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu dirinya.

-Himpunan kisah teladan / Mengejar Cahaya-

Pena Alumni MMBB

Disinilah Bermula....Tersingkap Kenangan....Alirkanlah Ukhuwah