CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 5, 2011

LATAR BELAKANG

• Al-Maahad Al-Mahmud ( Alor Setar ) ditubuhkan pada hari Jumaat, 29 Rabiul Awal  
  1355 bersamaan 19 Jun 1936.
• Di beri nama Al-Maahad Al-Mahmud adalah bersempena Duli Yang Maha Mulia  
   Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah.

• Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama
   Islam dan  melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam.
• Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum
   Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama
   Universiti Al-Azhar.
• Pada tahun 1967, Maktab Mahmud ( Alor Setar ) telah diambil alih oleh Kerajaan
  Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.
• Melalui Enakmen ini, pentadbiran Maktab Mahmud adalah diletakkan di bawah
  pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud
• Keanggotaan Lembaga adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, 10 orang ahli yang
  dilantik oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
• Bidang kuasa Lembaga meliputi perkara pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, dan
  pengurusan pendidikan.
• Lembaga berkuasa membuat dasar, merancang pembangunan dan membuat keputusan
  berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan dna
  pengurusan pendidikan Maktab Mahmud .
• Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah
  Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maktab Mahmud Alor Star.
• Pada tahun 1999, 2 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih oleh Kerajaan
  Negeri Kedah untuk dijadikan Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud  Langkawi.
• Pada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan
  Maktab Mahmud Daerah .
• Menjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud Daerah iaitu Alor Star,
  Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik,
  Baling, Bandar Baharu dan Kulim..

No comments:

Post a Comment

Pena Alumni MMBB

Disinilah Bermula....Tersingkap Kenangan....Alirkanlah Ukhuwah