CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 6, 2011

NAIK PANGKAT DIBULAN RAMADHAN



Assalamu'alaikum w.b.t.. Alhamdulillah. Kemuncak bulan ‘mega’ tiba lagi. Allah telah panjangkan umur kita untuk merebut peluang menggilap rohani di bulan-bulan Rejab, Syaaban dan kini Ramadhan. Melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan ini, bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah. Yang kita kejar bukan nama, pangkat, kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia, tapi pangkat besar dari Allah iaitu darjat takwa.

Allah berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

(Al-Baqarah: 183)

Kembara rohani kita menuju takwa adalah hakikatnya perjalanan hati untuk kembali kepada keadaan fitrah yang bersih.

Hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita itu tidak akan benar-benar tenang dan tenteram selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah. Ini sesuai dengan fitrahnya yang asal sewaktu di alam roh, sebelum ia ditempatkan di dalam jasad lahir kita dan tercorak mengikut pengaruh nafsu dan syaitan.

Ramadhan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya. Penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah-ruah dari Allah. Inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan-amalan takwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat-sifat yang bertentangan dengan fitrahnya. Peluang untuk ini terbuka luas di sepanjang bulan Ramadhan terutama melalui ibadah puasa, juga ibadah-ibadah lain yang hanya terdapat di bulan Ramadan iaitu ibadah sahur dan berbuka, solat tarawih serta membayar zakat fitrah.

Di dalam bulan ini juga terdapatnya malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Kedudukan, kemuliaan dan keberkatannya menyamai seribu bulan di sisi Allah. Bertemu dengan kemuliaan malam ini dalam keadaan hati dekat dengan Allah dan diri disibukkan dengan ibadah seolah-olah mendapat ‘jalan pintas’ untuk meningkatkan kualiti diri kita di depan Allah. Tetapi peluang untuk mendapat ‘jalan pintas’ itu pun hanya akan Allah mudahkan untuk orang yang sungguh-sungguh menempuh jalan penuh berliku sebelumnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran malam-malam sepanjang Ramadhan dengan melakukan solat, baca Quran, wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan, manakan dapat kenaikan pangkat atau ‘promotion’ dari Allah hanya dalam satu malam. Pangkat dari manusia pun tidak diperolehi dengan sebegitu mudah.

Liku-liku untuk dapat kenaikan pangkat dari Allah mesti dilalui berserta pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian. Bukan dengan jalan bersedap-sedap dan bermudah-mudah.

Wallahu'alam..

Thursday, August 4, 2011

Grand Tahlil Ramadhan

Assalamualaikum....
Salam ukhuwah....

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita
Sehubungan dengan itu, pihak Alumni dan Badan Dakwah & Kebajikan MMBB telah berkolabrasi untuk mengadakan
"GRAND TAHLIL RAMADHAN'

Tarikh :19 Ogos 2011
Tempat : Surau MMBB
Masa : Selepas Isyak

Ianya hanya melibatkan pelajar asputra dan asputri MMBB serta sahabat Alumni MMBB....
Marilah kita sama - sama merealisasikan program ini...




Pena Alumni MMBB

Disinilah Bermula....Tersingkap Kenangan....Alirkanlah Ukhuwah