CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 30, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pada 23 Mei 2011, Saf Kepimpinan Alumni MMBB telah mengadakan mesyuarat tergempar.
Ini disebabkan untuk mencari calon jawatan Presiden Alumni MMBB yang telah dikosongkan oleh Ahmad Fakhruddin Ramli. Beliau telah menarik diri kerana mempunyai komitmen lain. Setelah menjalani proses pembincangan dan undian, maka keputusan telah memutuskan jawatan tersebut diambil alih oleh seorang insan yang layak iaitu Muhammad Aliff Shukri Ahmad Nadzri.Tahniah Muhammad Aliff Shukri Ahmad Nadzri. Diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Kepada warga Saf Kepimpinan diharap dapat memberi kerjasama serta komitmen yang terbaik kepada beliau.Tidak dilupakan juga kepada ahli - ahli Alumni MMBB semoga dapat memberi maklum balas yang terbaik.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU!

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik terutamanya kepada pendidik di MMBB.. Sekalung ucapan terima kasih diatas keikhlasan dan kesabaran anda selama mendidik kami dalam melahirkan insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..

SELAMAT HARI GURU..!!!!!!





Moga dengan gambar-gambar tadi dapat membalut kerinduan dihati kita.. Dan Al-fatihah buat guru2 yang telah kembali kerehamtullah..

Thursday, May 5, 2011

TAHNIAH ADIK2 MMBB!

Seperti tajuk entry kali ini, kami ingin mengucapkan Alfu Mabruk buat adik2 MMBB yang mana telah berjaya mengadakan "Tamrin Ma'hadi Fasa ke-2" pada 23 April 2011 lalu kepada pelajar tingkatan 3. Moga-moga dengan usaha adik-adik senior MMBB kali ini dapat mentarbiyah generasi ma'had sekali gus memberi impak positif dalam diri amtum semua..
















Majulah MMBB untuk agama!

Wednesday, May 4, 2011

CUBA P.CIK TELIFON ALLAH, SAYA NERAKA KE BERAPA?


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.

Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab: "Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa." Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.


Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati.. Renung-renugkan, jika bukan kita yang menegur, siapa lagi??

Tuesday, May 3, 2011

BERKASIH SAYANGLAH



Assalamualaikum wbt...

Kasih sayang adalah makanan asasi setiap makhluk di muka bumi. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebih luas daripada itu. Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang seperti sabda baginda,


"Perumpamaan mukminin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun kerana panas"
(Riwayat Muslim)

Dalam satu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah, Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat baginda ketika baginda terdengar seorang anak menangis dahaga. Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa gundahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti Rasulullah yang bermaksud.


"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba²Nya yang berkasih sayang"
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga,sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam. Dalam hal ini,Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sayangilah makhluk yang ada di bumi,maka akan menyayangimu yang ada di langit"
(Riwayat Thabrani dan Hakim)

Pena Alumni MMBB

Disinilah Bermula....Tersingkap Kenangan....Alirkanlah Ukhuwah